DSC01666

Antara ahli jawatankuasa Surau At-Taqwa

Advertisements

Perjumpaan bersama wakil-wakil Surau At-Taqwa

IMG-20170416-WA0015

Pada 26Mac 2017, satu perjumpaan bersama pegawai tadbir surau At-taqwa telah diadakan. Perjumpaan dua pihak ini diadakan bagi mendapatkan maklumat penting berkaitan surau At-Taqwa dan sebagainya.

Kami disambut baik oleh pengerusi surau tersebut iaitu Encik Hj. Soldin Bin Hj. Sidol. Terdapat juga dua wakil surau yang lain hadir dalam pertemuan tersebut iaitu Encik Bokhari Bin Samsudin dan Encik Abdul Halim Bin Md. Ali. Sesi wawancara telah diadakan secara santai mengikut keselesaan wakil surau.

Pelbagai soalan diberikan oleh setiap ahli kumpulan berdasarkan pembahagian tugasan sebelum ini. Pertemuan kami bersama wakil-wakil surau diakhiri dengan sesi fotografi di hadapan surau seterusnya kawasan surau tersebut yang meliputi bahagian dalam, belakang, tepi dan hadapan surau.

Maklumat ringkas surau

surau at-taqwa 1

Surau at-Taqwa merupakan antara surau yang berada di kawasan Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Lokasi surau ini terletak di bahagian penjuru padang permainan kawasan perumahan Jalan 6B/6. Surau yang telah siap dibina pada Ogos 2003 ini berpindah daripada sebuah rumah di jalan 6B/7 yang disumbang oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Rumah yang dijadikan sebagai surau sementara bagi penduduk kawasan tersebut telah dinaik taraf daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana. Pada masa itu, surau tersebut diketuai oleh 2 pentadbir surau antaranya Ustaz Jamalullail yang mengetuai sebagai imam surau. Kepadatan penduduk di kawasan perumahan dari tahun ke tahun telah menimbulkan keperluan bagi mendapatkan surau yang lebih selesa untuk masyarakat muslim setempat.

Oleh itu, satu usaha telah giat dijalankan bagi mendapatkan sebuah tapak untuk pembinaan surau baru. Alhamdulillah ,berkat usaha dan penat lelah jawatankuasa serta ahl-ahli kariah surau telah membuahkan hasil yang positif. Tapak surau telah berjaya diluluskan oleh Pejabat Daerah serta Majlis Perbandaran Kajang.

Kemahiran Menulis

Blog ini dibina bagi memenuhi salah satu kriteria tugasan subjek Kemahiran Menulis di bawah seliaan Dr Maharam Mamat.  Subjek yang berorientasi di bawah sistem CITRA, UKM ini memerlukan kami untuk mendokumentasikan serta mencipta sebuah blog bagi surau yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami. Di dalam blog ini, kumpulan kami telah menyisipkan beberapa perkara penting seperti jawatankuasa Surau at-Taqwa, aktiviti yang dijalankan sepanjang beberapa tahun belakangan ini serta maklumat lain yang boleh dicapai melalui blog ini.